Ads

Tuesday, June 17, 2014

Kotak rokok kecil 14, 10 dan 7 harus dikembalikan untuk membantu proses berhenti merokok



Entry ini hanyalah sekadar pendapat peribadi. Perokok-perokok lama pasti masih ingat kotak rokok pada gambar diatas. Tidak lama dulu kita ada banyak pilihan saiz kotak rokok. 20, 14, 10, dan 7 batang. Namun dengan tujuan untuk mengurangkan pengguna baru terutamanya dikalangan pelajar, kini hanya kotak rokok 20 batang sahaja dibenarkan dijual di pasaran.

Namun pendekatan ini nampaknya tidak membuahkan hasil. Memandangkan penjualan "rokok batang" masih lagi berleluasa. Sebatang Dunhill masih boleh dibeli pada harga 70 hingga 90 sen. Ia masih boleh dianggap sebagai "pek pengenalan" kepada perokok baru. Apatah lagi rokok-rokok seludup yang mudah didapati ada yang hanya berharga RM2.50 sekotak.

Masalah lain yang muncul adalah kepada perokok lama yang sudah ada kesedaran dan mempunyai niat untuk berhenti. Cara paling berkesan untuk melakukannya adalah dengan mengurangkan pengambilan rokok. Kalau dulu sehari 20 batang, mungkin dapat dikurangkan ke 10, 5, dan seterusnya 2 hanya selepas makan tengah hari dan malam.

Tapi disebabkan rokok yang dibeli 20 batang, jika diambil 2 kali sehari bermakna memerlukan 10 hari untuk menghabiskan sekotak rokok. Malangnya sampai hari ke-5 sahaja rokok sudah masuk angin, dah tak sedap. Jadi untuk mengelakkan "kerugian", terpaksa juga menghabiskan rokok tersebut lebih cepat dan merencatkan proses pengurangan pengambilan rokok.

Kalau lah ada kotak rokok yang lebih kecil, usaha ini mungkin berjaya. Renung-renungkanlah.