Ads

Tuesday, June 17, 2014

Kotak rokok kecil 14, 10 dan 7 harus dikembalikan untuk membantu proses berhenti merokok



Entry ini hanyalah sekadar pendapat peribadi. Perokok-perokok lama pasti masih ingat kotak rokok pada gambar diatas. Tidak lama dulu kita ada banyak pilihan saiz kotak rokok. 20, 14, 10, dan 7 batang. Namun dengan tujuan untuk mengurangkan pengguna baru terutamanya dikalangan pelajar, kini hanya kotak rokok 20 batang sahaja dibenarkan dijual di pasaran.

Namun pendekatan ini nampaknya tidak membuahkan hasil. Memandangkan penjualan "rokok batang" masih lagi berleluasa. Sebatang Dunhill masih boleh dibeli pada harga 70 hingga 90 sen. Ia masih boleh dianggap sebagai "pek pengenalan" kepada perokok baru. Apatah lagi rokok-rokok seludup yang mudah didapati ada yang hanya berharga RM2.50 sekotak.

Masalah lain yang muncul adalah kepada perokok lama yang sudah ada kesedaran dan mempunyai niat untuk berhenti. Cara paling berkesan untuk melakukannya adalah dengan mengurangkan pengambilan rokok. Kalau dulu sehari 20 batang, mungkin dapat dikurangkan ke 10, 5, dan seterusnya 2 hanya selepas makan tengah hari dan malam.

Tapi disebabkan rokok yang dibeli 20 batang, jika diambil 2 kali sehari bermakna memerlukan 10 hari untuk menghabiskan sekotak rokok. Malangnya sampai hari ke-5 sahaja rokok sudah masuk angin, dah tak sedap. Jadi untuk mengelakkan "kerugian", terpaksa juga menghabiskan rokok tersebut lebih cepat dan merencatkan proses pengurangan pengambilan rokok.

Kalau lah ada kotak rokok yang lebih kecil, usaha ini mungkin berjaya. Renung-renungkanlah.


Saturday, March 8, 2014

Kenapa tragedi Malaysia Airlines MH370 banyak sangat spekulasi?


Pagi ini kita dikejutkan oleh berita tergempar mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Pesawar Boeing 777 ini membawa 227 penumpang dan 12 crew sedang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Cepat sekali berita ini tersebar di internet terima kasih kepada media social terutamanya Facebook dan Twitter. Tetapi yang kurang enak adalah berita yang tidak tepat turut menguasai laman-laman social ini. Pada awalnya muncul berita mengatakan pesawat tersebut mengalami masalah komunikasi dan telah di escort oleh pesawat tentera China untuk melakukan pendaratan ceman di daerah Nanning di negara itu.

Yang kedua pula adalah tentera laut Vietnam mengesahkan menemui pesawat MH370 terhempas di perairan negara ini. Laman web Astro Awani juga melaporkan berita ini. Sekali lagi, ia tidak benar. Pihak berkuasa Vietnam menafikannya, Astro Awani kemudiannya memadam berita ini dari laman webnya.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Ramai sangat yang nakkan perhatian sehingga sanggup membuat cerita palsu dan menyebarkannya di Facebook. Tolong la jangan main-main macam ni lagi. Ini soal nyawa orang. Bayangkan kalau saudara kita ada di pesawat tersebut, apa kita rasa?

p/s: Kalau nak berita yang tepat lagi benar, tengok kenyataan rasmi di Facebook Malaysia Airlines.

Monday, June 10, 2013

Download Guna Torrent Di Ofis Tanpa Perlu Install Torrent Client

Torrent adalah satu-satunya cara download movie dan software yang *ehem* tak berapa ori kat internet ni. Sekarang ni torrent site yang agak femes seperti KickAss Torrent dan Torrent Reactor ada banyak content latest dan movie-movie HD. Tapi yang tak best user kena install torrent client dulu sebelum download guna torrent ni. Contoh torrent client yang femes sekarang ialah µTorrent.

Tapi kalau tak mau install apa-apa untuk download file dari torrent ni terutamanya kalau guna pc ofis, boleh guna ByteBX. So boleh download guna internet laju kat ofis dan bawak balik rumah guna usb drive je.

Ok, ikut cara dibawah untuk download torrent guna ByteBX.

Register ByteBX

1. Masuk website ByteBX. Klik Sini...


2. Register, key in email dan password

3. Bukak email yang dihantar dari ByteBX, dan klik link untuk activate account

Cari torrent yang nak di download

4. Untuk contoh kita download game Subway Surfer dari KickAss Torrent. Macam biasa search "Subway Surfer" lepas tu dapat la result.

5. Tengok gambar dibawah (klik untuk besarkan). Dekat result tu ada icon magnet iaitu torrent magnet link. Right click situ dan copy link location.
*Make sure jumlah seed torrent yang nak didownload tu ada banyak. At least 100 ok la.


6. Balik ke ByteBX, click kat Upload Torrent. Satu pop up keluar, paste balik yang kita copy dari kickass torrent tadi kat sini di area URL or magnet.


7. Torrent akan dimasukkan kedalam list dan ByteBX akan mula cache torrent tersebut. Caching ni take time sikit depends on saiz file dan jumlah seed yang ada. Kalau seed kosong maksudnya memang tak habis la caching.


8. Bila cache dah siap, tunggu apa lagi... click kat button biru tu untuk download ke pc anda. Kalau file tu besar makan masa la sikit kan. Tak payah off pc, balik keje esok file dah siap download dh.


Ok, selamat mencuba. Kalau ada apa-apa soalan bolehlah komen kat bawah. Saya akan lakukan yang terbaik untuk menjawab soalan anda.

Saturday, December 22, 2012

Tips Dan Prosedur Berkahwin Dengan Wanita Warga Asing Berdasarkan Pengalaman Sendiri



Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan undang-undang, ia harus dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Post ini yang juga merupakan post pertama bagi blog ini akan mengupas secara terperinci mengenai tips serta prosedur untuk mengahwini wanita pilihan hati yang bukan warganegara Malaysia. Segala yang ditulis di page ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri mengahwini wanita warga Indonesia pada Disember 2007. Perkahwinan kami dijalankan di Indonesia.