Ads

Saturday, December 22, 2012

Tips Dan Prosedur Berkahwin Dengan Wanita Warga Asing Berdasarkan Pengalaman Sendiri



Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan undang-undang, ia harus dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Post ini yang juga merupakan post pertama bagi blog ini akan mengupas secara terperinci mengenai tips serta prosedur untuk mengahwini wanita pilihan hati yang bukan warganegara Malaysia. Segala yang ditulis di page ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri mengahwini wanita warga Indonesia pada Disember 2007. Perkahwinan kami dijalankan di Indonesia.



Sebelum bernikah
  1. Seperti biasa, pasangan yang akan bernikah diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan. Bagi kes saya, saya mengambil kursus perkahwinan di Malaysia dan isteri saya mengambil kursus di Indonesia seperti juga diwajibkan oleh undang-undang disana.
  2. Setelah itu, pihak lelaki harus ke pejabat agama negeri masing-masing untuk mendapatkan kebenaran bernikah di luar negara. Bayaran RM 4 akan dikenakan bagi tujuan ini. Kegagalan mendapatkan kebenaran sebelum bernikah di luar negara akan menyebabkan pasangan didenda RM3000 apabila ingin mendaftar. Jadi jangan lupa ok. Surat kebenaran akan dikeluarkan setelah permohonan diluluskan. Permohonan akan mengambil masa dalam 2 minggu.
  3. Setelah itu, pasangan tersebut bolehlah bernikah di luar negara. Jangan lupa mengambil foto ketika majlis pernikahan dan kenduri, anda akan memerlukannya nanti.

Selepas bernikah
  1. Sebelum berlepas pulang ke Malaysia bersama pasangan anda, pastikan anda mendapat sijil perkahwinan dari negara anda bernikah terlebih dahulu.
  2. Kemudian anda bolehlan membawa pulang isteri anda ke Malaysia. Isteri pada mulanya akan masuk ke Malaysia dengan visa pas lawatan sosial. Visa boleh diambil setelah tiba di Malaysia bergantung kepada negara asal. Visa ini akan berlaku selama 30 hari sahaja.
  3. Setelah berada di Malaysia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftarkan perkahwinan anda di pejabat agama tempat anda mendapatkan kebenaran dahulu. Sijil pernikahan Malaysia akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu.

Lawatan Pertama ke Imigresen
  1. Setelah mendapatkan sijil nikah, sebelum tempoh 30 hari social visit berakhir, pasangan perlu membuka fail di pejabat imigresen di negeri tempat tinggal berdasarkan alamat pada IC. Jika anda tinggal di Selangor dan ingin membuka fail di Shah Alam, pastikan IC anda menunjukkan alamat anda di Selangor, jika tidak anda boleh tukar alamat di pejabat pendaftaran.
  2. Untuk membuka fail, pastikan anda membawa sijil nikah kedua-dua negara, foto perkahwinan, surat kebenaran nikah di luar negara, salinan passport dan passport asal.
  3. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 500 untuk membuka fail. Selain itu, bayaran security bond juga akan dikenakan, bayaran ini berbeza bergantung kepada negara asal. Untuk senarai harga security bond, lihat sini. Security bond akan dipulangkan setelah mendapat penduduk tetap ataupun pasangan bercerai dan bekas isteri tidak lagi tinggal di Malaysia.
  4. Bayaran lain ialah untuk menyambung pas social visit selama 3 bulan pertama sebanya RM 50
  5. Jumlah barayan untuk lawatan pertama ke imigresen ini ialah
    • RM 500 (buka fail) + RM 500 (security bond) + RM 65 (lanjutan pas lawatan 3 bulan)
    • total semua RM 1065. Jika negara selain Indonesia, harga akan berbeza.

Lawatan kedua dan seterusnya sehingga fail dibuka
  1. Setelah 3 bulan, visa pas lawatan sosial akan tamat tempoh dan anda perlu membawa isteri anda ke pejabat imigresen lagi melanjutkannya.
  2. Bagi membuka fail, ia akan mengambil masa beberapa bulan dan selagi fail belum dibuka anda akan perlu ke pejabat imigresen untuk memperbaharui pas lawatan setiap 3 bulan.
  3. Bayaran yang dikenakan untuk lawatan kali ini ialah RM 150
  4. Penulis perlu memperbaharui pas lawatan sebanyak 2 kali sebelum fail dibuka

Lawatan selepas fail dibuka (enam bulan pertama)
  1. Setelah fail dibuka, anda akan mendapat visa single entry untuk isteri kepada warganegara dan tempoh visa selama setahun.
  2. Dalam tempoh visa ini (6 bulan), isteri anda hanya dibenarkan keluar dan masuk Malaysia selama sekali sahaja. Jika lebih, anda perlu membuka semula fail dan melalui semua proses diatas semula.
  3. Bayaran untuk kali ini ialah RM 105.

Lawatan selepas fail dibuka (tahun pertama)
  1. Setelah tamat 6 bulan pertama, anda akan memperbaharui visa untuk tahun pertama. Visa isteri anda kali ini juga single entry dan berlaku selama setahun.
  2. Bayaran kali ini juga RM105.

Lawatan selepas fail dibuka (tahun kedua dan seterusnya)
  1. Setelah tamat tahun pertama, anda akan memperbaharui visa untuk tahun kedua dan seterusnya. Visa isteri anda kali ini ialah multiple entry bermakna isteri anda boleh keluar masuk ke Malaysia tanpa limit. 
  2. Ia boleh diperbaruhi untuk setahun RM105 atau 2 tahun RM210.
  3. Pastikan passport isteri anda masih hidup pada tarikh tamat visa. Jika tidak, anda boleh renew passport isteri anda terlebih dahulu di pejabat kedutaan atau konsulat negara isteri anda.
Setakat ini saja pengalaman penulis untuk berkongsi bersama. Selepas ini saya akan cuba mendapatkan taraf penduduk tetap bagi isteri saya dan semestinya saya akan update entry ini mengenai prosedurnya sebagai rujukan. Perlu diingat, prosedur ini mungkin berubah. Jika terdapat soalan atau cadangan silakan dicatat di ruangan komen dibawah.

Terima kasih.

75 comments:

  1. hi sya nak tumpang tanya...perlu isi apa apa borang lgi tak klu renew bisa isteri thun yg akan dtg rm105...atau terus je ke kaunter imigresen ambil no n tunggu giliran bayar rm 105 visa je bos

    ReplyDelete
  2. Setiap tahun kena isi borang time nak renew.

    ReplyDelete
  3. Salam,saya ingin bertanya tentang syarat atau requirements untuk meminta kebenaran untuk berkahwin di luar negara.Thank you in advance.

    ReplyDelete
  4. Kena ambil borang kat pejabat agama. dokumen diperlukan IC, surat beranak, sijil kursus kahwin, dan sekarang maybe laporan kesihatan HIV pun kena jugak kot.

    Lepas tu kat borang tu kena ada sign ketua kampung/imam.

    ReplyDelete
  5. TY SO MUCH! :D boleh x saya bertanya berapa lama masanya untuk surat kebenaran bernikah luar negara itu diprocess?I really need a lot of details in advance because I'm planning to get married next year so I wanna make sure I'm well prepared.Jadi kalau tuan tidak berkeberatan saya berharap tuan dapat menjawab soalan2 yang saya tanya :D

    ReplyDelete
  6. Salam. Sy nak tanya time istri dtg msia lpas berkawin, pasport jenis pe yg d guna? Lau pasport pekerja yg dah di matikan permitnye leh guna x wat visa istri.
    Tmaksh bnyk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna pasport baru , malaysia bagi visa 30hari so u kena uruskan daftar di malaysia

      Delete
  7. Salam..klu saya terus ke pejabat agama ambil borang tanpa sijil kursus kahwin besok boleh tak? Kursus kawin saya ambik lg 2 minggu lg..

    ReplyDelete
  8. saya masih menunggu prosedur untuk memohon taraf penduduk tetap..harap saudari update..tq

    ReplyDelete
  9. Salam....saya nak tanya..tarikh surat kebenaran kawin saya dh tamat tempoh...surat tu saya buat bulan 6,mati bulan 10,skrg dh bulan 12...jd dh lewat 2 bulan..
    Klu nak renew 2 tahun lgi boleh tak,d sebabkan ada halangan..
    Tp dgn orang yg sama juga..mohon bgi penjelasan..

    ReplyDelete
  10. Bagaimana pula kalo sudah cerai? Asa kah deposit kita akan d pulangkan. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deposit akan dipulangkan. Sila bawak resit asal untuk pemulangan semula deposit

      Delete
  11. Slm..nak tanya thn2010 lepas saya dapat visa 1tahun.renew balik saya dapat 5thn skaligus sampai tahun ni..agak2 dpt 5thn lagi k? Atau pun macaman ..mohon prnjelasan.t kasih

    ReplyDelete
  12. Askum bos..sy berhajat memperisterikan teman wanita sy warga filipina..yg jd masalah skrang bini pertama sy xmengizinkan...jd mcm mn cara nya sekiranya sy berkahwin di luar negara & balik register sini...apakah step serta prosedur yg sy ambil?..
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses mahkamah akan berlaku sekiranya tidak berdaftar sebelum nikah.. di filipina terdapat 2 masjid yg diterima kedutaan malaysia.. masjid biru dan masjid emas di manila..

      Delete
    2. Sekiranya mau nikah di batam indonesia..masjid apa yg dikitiraf..

      Delete
    3. janganlah menganiaya bini pertama

      Delete
  13. Salam cam mna klu kita bernikah dgn warga filipina.. apa prosuder nya bole bagi tips.. kena minta borang di filipina ka dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X payah.. just pegi nikah di masjid biru d taguig atau masjid emas d manila city.. lps tu register d mahkamah.. lps dpt pengesahan nikah dr court.. kena register kt jab agama.. if nikah tanpa kebenaran akan kena charge n denda.

      Delete
  14. Salam cam mna klu kita bernikah dgn warga filipina.. apa prosuder nya bole bagi tips.. kena minta borang di filipina ka dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nikah d manila 2014 dulu.. tp prosedur nikah d filipina mmg rumit ckt

      Delete
    2. boleh bg tips berkahwin di filipina ?

      Delete
  15. salam, saya ada sorang makcik dari Indon. menolong jaga anak2 saya. tapi dia masuk guna visa lawatan.
    dan dia nak extend visa lawatan nya, mcm mana? berapa harga?. utk makluman dia kawin dgn org tempatan. minta tolong? tqvm

    ReplyDelete
  16. Salam,macamana klau gadis itu masuk ke malaysia dengan permit kerja?bkn permit sosial atau perniagaan..skrg masih bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene balik indonesia dulu..tukar kepada visa melancong..bru masuk sini semula..lagi senang nikah je kat indonesia dapatkan surat nikah n daftar ke pejabat agama malaysia..

      Delete
    2. Kene balik indonesia dulu..tukar kepada visa melancong..bru masuk sini semula..lagi senang nikah je kat indonesia dapatkan surat nikah n daftar ke pejabat agama malaysia..

      Delete
  17. Salam admin nk tumpang tanya..
    Saya berhajat jadikan teman wanita saya sebagai isteri dia berasal dari indonesia juga..jadi saya cuma nak tau ape prosedur dan ape dokumen yg diperlukan selepas bernikah?..dan ape yg perlu saya buat utk jadikan dia tetap disini dan tidak perlu utk dia berulang alik setiap bulan ke batam ..dan boleh admin tolong jelaskan tentang fungsinya jamin suami/isteri saya kurang faham tentang ini..tqvm

    ReplyDelete
  18. Hi Cik...skrg teman wanita saya seorg warga Indonesiaan...kalau hendak berkawen dgn nyr apa yew proses nye...

    ReplyDelete
  19. assalam,sy sudah bernikah dgn suami sy asal pakistan..skg ni kami ke hulu kehilir utk extend visa sosial suami sbb expired 9july2016..sy asal slngor nikah di slngor..utk bhgn penaja mesti lah sy kan sbgai isterinya tetapi skrg sy tidak bekerja,adakah permohonan die utk extend visa lulus nanti ??

    ReplyDelete
  20. assalam cik...kami dah bernikah..spouse org pakistan..pas nikah kita extend visa n got 1 month extend tapi kt sticker tu ada tulis no further extension..lps abes visa tu tak boleh extend lagi n soh suami sy blik negara dia..so klo kita buka file skrg bole tak dia bg temporary pass sbb huby pye visa tamat lagi 2 minggu

    ReplyDelete
  21. assalam cik...kami dah bernikah..spouse org pakistan..pas nikah kita extend visa n got 1 month extend tapi kt sticker tu ada tulis no further extension..lps abes visa tu tak boleh extend lagi n soh suami sy blik negara dia..so klo kita buka file skrg bole tak dia bg temporary pass sbb huby pye visa tamat lagi 2 minggu

    ReplyDelete
  22. Apakah yang patut saya lakukan jika ingin mengahwini wanita warga China yang masuk Malaysia dengan visa 💳 pelancong (3 bulan) yang telah tamat tempoh kira2 12 bulan?.

    Jawapan di tunggu dan dihargai...
    T. K

    ReplyDelete
  23. Mohon bantuan saudara saudari yang menetap di pulau pinang sebagai penaja kami suami isteri.. ? 01139334703

    ReplyDelete
  24. Mohon bantuan saudara saudari yang menetap di pulau pinang sebagai penaja kami suami isteri.. ? 01139334703

    ReplyDelete
  25. Macamana pula kalau poligami?😂😂

    ReplyDelete
  26. Macamana pula kalau poligami?😂😂

    ReplyDelete
  27. Sy nak Tanya ,kalau passport bini say tamat tempoh 2 hari sebelum saya pergi Ke imegresen buka fail..dapat x saya buka fail visa kali pertama..adakah denda dikenakan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better buat passpor baru dulu di kedutaan. Then baru pi buka fail

      Delete
  28. Saya nak tanya..visa untuk 3bulan isteri saya tamat tempoh 3.4.2017.
    Bolehkah saya membuat Uturn ke Thailand?

    ReplyDelete
  29. saya warganegara , tpi emak dah lama di indonesia mcmana saya nak buat visa untuk emak saya..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum maaf jika lewat tempat ini saya publikasikan kisah sukses saya.. senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman-teman disini. barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan. Beberapa waktu yang lalu perusahaan percetakan saya dirundung hutang yang cukup besar. Hal itu di akibatkan melonjaknya harga kertas dan tenaga upah yang harus saya bayar kepada para karyawan saya. Sementara itu beberapa tender yang nilainya cukup besar gagal saya menangkan. Akibatnya saya harus menjaminkan mobil saya untuk meminjam hutang dari bank. Namun hal itu belum cukup menutup devisit perusahaan. Bahkan pada akhirnya rumah beserta isinya sempat saya jaminkan pula untuk menutup semua beban hutang yang sedang dilanda perusahaan. Masalah yang begitu berat bukan mendapat support dari istri justru malah membuat saya bersedih bahkan sikapnya sesekali menunjukan rasa kecewa. Hal itu di sebabkan semua perhiasan yang sempat saya hadiahkan padanya turut saya gadaikan. Disaat itulah saya sempat membaca beberapa situs yang bercerita tentang solusi pesugihan Danah Gaib 3M dari MBAH SUROPALA dan akhirnya saya menghubungi beliau. Kata MBAH SUROPALA pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan Danah Gaib. Tanpa pikir panjang semua petunjuk MBAH saya ikuti dan hanya 3 hari. Alhamdulilah akhirnya danah gaib yang saya minta benar benar ada di rekening saya. Perlahan hutang-hutang saya mulai saya lunasi. Perhiasan istri saya yang sempat saya gadaikan kini saya ganti dengan yang lebih bagus dan lebih mahal harganya. Dan yang paling penting bisnis keluarga yang saya warisi tidak jadi koleps. Jika ingin seperti saya silahkan minta bantuan kpd beliau karna cuma beliau yg behasil membantu saya telpon MBAH SUROPALA di nomer +6285~319~483~234 semoga bisa bermanfaat kpd anda.


    ReplyDelete
  31. Salam. Bagaimana pula jika saya ingin berkahwin dengan bf saya (warga indonesia) yang telah telah kehilangan passport dan telah tamat visa menetap di Malaysia? Bagaimana pula proses perkahwinan itu berlaku? Sebelum ini dia pernah cuba mendapatkan passport yang baru tetapi kedutaan memintanya pulang ke Indonesia tanpa passport yang baru. Adakah saya perlu putuskan hubungan saya dengan dia untuk mengelak masalah yang akan berlaku di masa hadapan? Saya tahu jika seorang warganegara berkahwin dengan warga asing tanpa dokumen pendaftaran diri yang sah, saya berkemungkinan disaman atau dipenjara 5-6 tahun atas sabit kesalahan menyembunyikan pendatang asing.

    ReplyDelete
  32. hello saya suami filipino citizen,nak tau kalau suami keluar msia balik kampung dan masuk balik,dia kena stay kampung 3-4 atau lebih lagi,sbb visa nak apply tak cukup masa,immigrasion suruh balik kampung dll dan masuk balik msia?

    ReplyDelete
  33. Assalamaualaikum,saya nak tanya,Jika perempuan memegang status penduduk tetap,bolehkah dia berkhawin dan menjamin pasport dengan lelaki asing contohnya lelaki dari indonesia?

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum..hai sape prnh lalui bnikah dengan warga asing yg bststus pati.tanpa kebenaran jabatan agama..lepas kembali ke mlysia apa tindakan yg perlu kita buat?bole share pglmn melalui e-mail saye tak..aidaqhu6404@gmail.com

    ReplyDelete
  35. assalam..saya nak tanya kalau tuan tahu berapa lama masa diambil untuk pindah fail imigresen dar imigresen sabah ke imigresen shah alam?

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Kalau sy berkawin dgn org indonesia boleh ke isteri sy nanti bekerja
    di malaysia? Mohon terangkan sy mahu tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tp kena mohon dgn imigresen..tp kena lepas percubaan visa 6 bulan tu baru boleh mohon utk bekerja

      Delete
  38. Assalamualaikum saya nak tnya lpas buat lawatan pertama di imigresen boleh saya terus membawa isteri saya bercuti di luar negara ?

    ReplyDelete
  39. Assalamaualaikum,saya nak tanya,klu yg brnikah dgn warga Pakistan n blk selama 6 bulan selepas nikah....n x fikir akan nafkah batin &zahir pada is3... Hanya fikirkan nk dptkan dokumen utk tinggal d Msia..selama d msia dia akan cari mcm mana nk support family n bila dh bnikah dgn local ...x kisah sbb dia x bkerja masa dia kt Pakistan... So sebenarnya byk masalah yg mendatang bila nikah dgn warga asing ni... Kita akan sediakan seme utk dia n dia hye dtg nk dokumen n support Famili. dia

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum sy nk tanya.bakal suami sy Indonesia.mcm mana dia nk tukar permik keja.untuk permit pelancong dn apa yg perlu dia sediakn untuk menukar permit

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum sy nk tanya.bakal suami sy Indonesia.mcm mana dia nk tukar permik keja.untuk permit pelancong dn apa yg perlu dia sediakn untuk menukar permit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam...klu nk tukar permt keje kpd permit pelancong, majikan sahaja yg boleh batalkan n kemudian dia perlu keluar msia. Masuk ambil pas lawatan sosial di konsulat msia d negara dia n masuk msia. Suami sy dulu dpt 3 bln terus..wsapp sy klu nk detail 0133448220

      Delete
    2. Salam,,boleh guna ke passport yg lama tpi belum expired lagi,,masa tu dia pakai permit dan telah pon balik kampung,,soalan sya passport kena buat baru atw yg lama tu boleh guna lagi?

      Delete
  42. Assalamualikum saya nk bertanya kepada yang pernah bernikah dengan wanita Philippine yang Bernikah di Philippine.apa yg saya perlu sediakan dokumen utk nikah di sana..disini setahu saya kena submit dengan jabatan agama islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan. Boleh hubungi saya. Saya nk minta pandangan dn tunjuk ajar utk kahwini warga filipina.
      0175027869

      Delete
  43. tumpang tanya,kalau visa udah lulus,lagi kena keluar cop tak?

    ReplyDelete
  44. Awas hati hati ada iklan pesugihan dana gaib. Itu sesat. Itu musyrik, merusak akidah. Untuk saudaraku di manapun berada jangan terpengaruh. Tetaplah menjadi hamba Allah yang lurus akidahnya

    ReplyDelete
  45. Sy ingin bertanya cara cara untuk berkahwin di indonesia..sy dari malaysia tapi pasangan sy indonesia. Ape kah cara cara yg betul untuk sy lakukan untuk dpt kahwin dekat indonesia..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh wsapp sy 0133448220 nti sy terangkan ikut pengalaman sy sndri

      Delete
    2. Msih aktifkh whatsappnya bang

      Delete
  46. mak saya balu..arwah ayah saya warganegara malaysia..sepanjang ayah saya masih hidup..mak saya tinggal d malaysia without legal pass..sbb sbelum ni mak saya pakai permit kerja after 10tahun kahwin mak saya berhenti kerja dan selepas ayah saya meninggal mak saya balik semula ke indonesia..skrg ni mak saya datang semula ke malaysia dan saya cuba untuk memohon untuk long term social visit, saya sebagai penaja..semoga urusan saya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  47. Nk tnya saya asal kelantan Dan kerja Di melaka Dan pasangan saya ni berasal dri Indonesia Dan kami merancang utk kahwin dimana Saya hrus mohon kebenaran utk kahwin luar negara?pasangan saya tu kerja melaka juga

    ReplyDelete
  48. Nak Tanya

    1) adakah prosuder perkahwinan saya Dan warganegara Algeria sama

    2)Saya perempuan Dan pasangan Saya lelaki..Dan bolehkah dia berkerja di malaysia selepas kami berkahwin

    3) apakah pass yg di perlukanya utuk masuk ke malaysia Dan pass apa pulak yang diperlukan selepas kami bernikah Dan membolehkan dia berkerja.

    4)Ade ke kerja untuk warganegara Algeria berkerja di malaysia

    ReplyDelete
  49. maaf ingin bertanya , saya mahu memperisterikan seorang warga indonesia yang tiada apa-apa dokumen di malaysia. Boleh berikan saya contact number yang ada pengalaman supaya sya mudah untuk uruskan bertanya jika ada yang sudi membantu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana urusan jika kahwin isteri tiada apa2 dokumen fi malaysia?

      Delete
  50. Assalamualaikum. Nak tanya cik,apa yang harus saya lakukan sekiranya saya ingin berkhawin dengan pasangan saya yang memegang pas lawatan kerja sementara(plks). Mohon pencerahan dari saudara. Saya amat memerlukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..majikan perlu batalkan permit kerja dlu..then pasangan harus keluar dari msia ..lps cooling period bru blh masuk msia blk pkai visa pelawat..tak silap sy cooling period 3 bulan..maaf klu silap ye

      Delete
    2. Assalamualaikum cik. So sepanjang beliau di negara beliau, beliau perlu melakukan segala persiapan untuk nikah ke? Persiapan maksud saya segala dokumen yang dperlukan untuk menikah nanti di Malaysia. Eg, beliau perlu bawa sijil lahir beliau, surat akuan bujang dari embassy? Dan saya nak tanya cik, surat pengesahan passport tu sebelum beliau tamatkan kontrak atau selepas tamat kontrak? Mohon pencerahan cik. Terima kasih.

      Delete
  51. Salam nak tanya,klw pemegang permit plks, Dan mati kan permit lepas tu balik kampung ,dia kena tukar passport baru atau pon boleh lagi guna passport yg lama tu.kalau nak dtg kat malaysia.TQ

    ReplyDelete
  52. Assalammualaikum, saya ingin bertanya bagaimana cara proses berkahwin dengan perempuan yang mempunyai surat beranak malaysia tapi dibekukan dan tidak dpt mohon warga negara. Saya pula seorang warganegara, adakah saya dapat menjamin untuk mohon warganegara sekiranya dia menjadi isteri saya?

    ReplyDelete
  53. Respect and I have a neat provide: How Much Renovate House house renovation contractor

    ReplyDelete